Sunday, April 21, 2013

Roti Sardin Goreng

Assalamua'laikum. I hari jumaat hari tu on MC sebab kelmarin lepas I keluar makan malam dengan encik suami dengan mak, tiba tiba I bleeding. tapi spotting la. So dalam jam 8 suku tu I bergegas ke klinik Yuslina Seri Alam.Dr Nafiza keluarkan surat suruh I ke HSI. dan suruh preparekan baju kalau kena tahan wad. Dalam jam 10 malam tu gerak ke HSI lepas cucuk duit lepas isi minyak. Terpaksa encik suami bawa kereta perlahan sebab takut terlanggar lubang. dan memburukkan keadaan bleeding. Masa kat bank tu entah macam mana encik suami celaru fikiran, nak keluar parking tersasul-sasul, dah nak terlanggar hilux, driver hilux tu pun tergamam macam kitorang. 

 Sampai ke unit kecemasan HSI staff daftar dan terus I disuruh ke PAC iaitu bahagian saringan wad bersalin. tak berapa ramai orang tapi I kena tunggu sebab ada patient nak bersalin. I pun tak kisah sebab mereka lagi memerlukan. So dalam lebih kurang jam 11 lebih ada doktor lelaki mulakan scan, ambil detail dan juga periksa bukaan jalan bawah. Alhamdulillah uri dan baby stabil dan tak ada tanda penyakit lain. Mungkin ada soft tissue injury di bahagian bawah. Jadi doktor classify kes sebagai threatened miscarriage. Jadi I tak perlu masuk wad dan I cuma perlu berehat (termasuklah berehat dari MEMASAK !!) 

 Tapi I tekak I tetap lah mengidam itu ini. Petang ni I nak makan roti sardin goreng yang pernah dibuat oleh Cik Nab kawan kepada Puan Emak. So I google kejap resepi roti sardin untuk cari resepi paling praktikal, mudah dan cepat, dan mestilah terasa sedap. I tak ingat resepi sapa I ambil ni. Bahan-bahan terbahagi kepada 2, bahan inti dan bahan salutan roti. 

 Bahan-bahan Inti: 1 tin besar sardin TANPA KUAH hancurkan(brand kegemaran kamu lah) 
1 labu bawang besar cincang kasar 
2 ulas bawang putih cincang habis 
1 hiris halia cincang  
Garam setengah sudu kecil 
Gula 1 sudu besar (padankan dengan kepedasan cili yang kamu letak) 
Cili hijau kecil 5 biji / 2 sudu besar cili boh 

 
(bahan-bahan inti)

Cara sediaan inti:
1. Tumis bawang-bawang halia , cili boh hingga pecah minyak
2. Masukkan sardin, hancurkan sardin goreng hingga kering kuah
3. Ketepikan

Bahan-bahan salutan roti:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
sebiji telur

(bahan salutan roti)

Cara sediaan salutan roti:
1. Campurkan semua sekali
2. Kacau rata sehingga tak ada ketul-ketul tepung.



Cara sediaan roti:

(roti dipotong-potong atau tidak, terpulang kepada kamu, nak digulung pun bolehh)

(masukkan inti sardin tadi ke dalam roti, buat sampai habis roti dan inti barulah goreng)

(minyak gorengan mesti boleh menenggelamkan keseluruhan roti)

Cara gorengan:
1. Panaskan minyak, guna api sederhana besar supaya roti cepat garing dan tidak serap minyak. Kita cuma mahu salutan masak, inti sudah sedia masak jadi goreng sekejap sekadar untuk rangupkan salutan sahaja.
2.Celupkan roti-roti (yang dah dimasukkan inti) dalam bahan salutan tadi satu persatu, masukkan ke dalam minyak yang dah sedia panas.
3. Goreng sampai rangup, balikkan, rangup, dan angkat.


Dah siap, makannn..!


No comments:

Post a Comment