Bahan-bahan untuk nasi:
1. Beras (berapa 'cawan' ikut bilangan orang yang nak makan)
2. Serai yang di potong-potong / Daun limau purut dikoyak-koyak
3. Air (ikut sukatan beras, nisbah 2 pot : 3 air)
4. Pewarna (biru atau kuning) atau tak mahu kaler, putih pun boleh. I pilih kuning, takde kaler biru-biru nih.
Dah ada semua ni? Masak nasi dulu lah sebab nasi makan masa untuk masak. Tengok gambar:
(sebelum ditekan suis periuk nasi, gaul beras dengan air dengan pewarna supaya sekata dan tidak bertompok warnanya)
Bahan-bahan kuah:
1. 2 sudu cili boh (atau lebih, tengok bilangan orang nak makan) (blender)
2. sebiji bawang besar (blender)
3. 2 ulas bawang putih (blender)
4. Setengah sudu kecil belacan / serbuk belacan
5. garam dan gula secukup rasa
6. Air asam jawa (sedikit sahaja secukup rasa sahaja) (blender)
7. Serai (diketuk)
8. Santan kotak (1 kotak dicairkan sebelum dimasak)
9. Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup (blender)
Cara buat kuah:
1. Blender apa yang perlu di blender
2. Tumis bahan blender sehingga pecah minyak. Masukkan serai nya.
3. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau dan rasakan masin, manis dan masam yang seimbang. Dah mendidih dan rasa sedap, tutup api dan ketepikan.
(Bahan kuah.. oops terlupa ambil gambar kuah yang dah siap, dia macam kuah untuk ayam percik)
Bahan sambal belacan asam:
1. Cili padi hijau, buat lah dalam 15 biji kalau 4 orang makan. (tumbuk)
2. Cili merah 2 biji. (tumbuk)
3. 1 sudu besar belacan / serbuk belacan (sukatan adalah ikut kesukaan anda, kalau kurang gemar bau belacan yang kuat, kurang kan sedikit) (tumbuk)
4. Garam (tumbuk)
5. Gula 2 sudu besar (tumbuk tapi dimasukkan selepas semua bahan lain dah ditumbuk lumat, kalau tidak merecik-recik la air sambal kamu tu)
6. 4 biji limau / sesudu besar cuka ( masuk last sekali lepas siap tumbuk bahan lain)
(lada untuk sambal belacan)
(ni sambal belacan air asam versi I sebab I nak makan dengan daging bakar, siap dengan tomato dan bawang kecil hiris)
Bahan-bahan sambal kelapa ikan:
1. 2 ekor Ikan kembung / selar kuning (apa-apa je lah) yang direbus / kukus dulu dan dibuang tulang.
2. Setengah biji kelapa parut
3. 3 ulas bawang kecil merah
4. Sesudu lada hitam / serbuk lada hitam
5. Garam (sesudu kecil)
6. Gula merah (sesudu besar) atau gula pasir biasa sesudu besar)
Cara buat nya:
1. Tumbuk semua bahan di atas sedikit demi sedikit, masukkan dalam satu besen seperti gambar kat bawah ni:
(sambal kelapa siap ditumbuk)
2. Gaul rata semua supaya masin manis kena pada semua tempat. Rasa kan dulu masin dan manis yang seimbang. Biasanya maniskan sikit.
3. Goreng atas api sederhana perlahan, sehingga perang-perang sedikit warna kelapa nya.
4. Dah siap, angkat lah.
Pilihan ulam-ulaman:
Ulam biasanya dihiris hampir halus. Biasanya sayur yang dipilih jadi ulam nasik kerabu ialah:
1. Pucuk daun kesom
2. Daun selon
3. Kobis
4. Taugeh
5. Kacang panjang
(ulam bujang I)
Lauk? Kamu nak lauk apa. I buat daging bakar. Daging bakar ni, daging batang pinang yang sekarang harga nya sekilo RM 21.00, diperap dengan bahan perap seperti:
1. Bawang putih 6 biji
2. Halia 2 ruas jari
3. Garam
4. Gula
Semua bahan ni I tak boleh cakap, tapi kena ikut berapa kilo daging kamu buat. I buat setengah kilo lebih kurang. Gambar bahan pun I tak ambil. Ada gambar siap aje.
I punye nasik dah siap, I makan dulu ye ! heheh
No comments:
Post a Comment